lagi info menarik untuk pengusaha Taska under JKM.. & Para ibu yang menghantar anak mereka under taska JKM.. .

Pelaksanaan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Taska Bagi Tahun 2016

Posted on 07 March 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa bahawa Bahagian Kanak -Kanak telah mengedarkan Garis Panduan Pelaksanaan Subsidi Tahun 2016 dan Borang Permohonan ke semua Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.

Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak Tahun 2016
Di buka mulai                         :      7 Mac 2016
Tarikh Tutup Permohonan  :      5 Mei 2016

Pemohonan bagi tahun 2016, boleh dikemukakan oleh Pengusaha TASKA Institusi dan TASKA Di Rumah dengan menggunakan Borang Permohonan Subsidi Yuran TASKA (YP1/2016) beserta Garis Panduan Pelaksanaan Subsidi Tahun 2016   yang diedarkan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat di semua negeri.

Borang Permohonan Subsidi Yuran TASKA (YP1/2016) beserta Garis Panduan Pelaksanaan Subsidi Tahun 2016  boleh didapati di semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

LINK ( http://www.jkm.gov.my/announcement_details.php?nid=286&lang=bm ) 

Comments